KELAS ICT : POSTER AWAL MUHARRAM

Aktiviti terkini | 13 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan NADI Felda Keratong 6

Ringkasan Aktiviti :
• Membimbing ahli cara membuat poster sempena sambutan Awal Muharram dengan memasukkan hadis yang bersesuaian, elemen yang berkaitan dan sebagainya.

Tujuan :
• Mengingati dan menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan Islam di samping menanam perasaan kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW di kalangan ahli NADI khususnya pelajar sekolah.
• Mengekspresikan kreativiti dan kemahiran reka bentuk grafik dalam menyampaikan mesej penting mengenai Awal Muharram.
• Meningkatkan kemahiran teknikal melalui penggunaan perisian reka bentuk grafik iaitu postermywall.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Ahli membuka website PosterMyWall.
• Memilih template yang bersesuaian dengan Awal Muharram.
• Menaip teks, memasukkan gambar dan memilih font yang menarik.
• Menyimpan hasil karya yang siap dihasilkan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada ahli untuk mempamerkan bakat mereka dalam menghasilkan karya berbentuk islamik.
• Ahli dapat mengetahui bahawa poster adalah medium promosi yang efektif untuk menarik perhatian orang ramai dalam menyampaikan mesej dengan cepat dan jelas.
• Maklumat yang disampaikan di dalam poster membolehkan orang ramai mempelajari lebih banyak tentang sejarah dan kepentingan Awal Muharram dalam Islam.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :