KEJOHANAN MLBB PERINGKAT NADI FELDA KERATONG 6

Aktiviti terkini | 17-19 September 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan NADI Felda Keratong 6

Ringkasan Aktiviti :
• Perlawanan MLBB peringkat NADI Felda Keratong 6 membabitkan 5 pasukan diadakan secara liga bagi merebut slot ke Kejohanan MLBB peringkat negeri Pahang.

Tujuan :
• Mencari pasukan terbaik untuk mewakili NADI Felda Keratong 6 ke Kejohanan MLBB peringkat negeri Pahang anjuran NADI.
• Memberi peluang kepada ahli yang berbakat untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam bidang e-sukan dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
• Mempromosikan e-sukan sebagai industri yang serius dan berkembang pesat pada masa kini sekaligus mengubah pandangan masyarakat tentang permainan video, daripada hanya hiburan kepada satu bidang yang kompetitif dan profesional.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran kehadiran pasukan.
• Sesi taklimat sebelum perlawanan.
• Memasukkan ID game ke dalam lobi perlawanan.
• Pasukan akan berlawan secara liga sehingga ke peringkat akhir.
• Bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu peserta mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam tekanan masa yang singkat.
• Membentuk semangat kerjasama antara ahli pasukan dari segi komunikasi, peranan, kemahiran sosial dan kepimpinan.
• Menggalakkan pengurusan masa yang baik, disiplin, dan tanggungjawab terhadap kedua-dua aspek kehidupan iaitu akademik dan hobi.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :