KELAS USAHAWAN : KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti terkini | 20 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Keratong 6

Ringkasan Aktiviti :
• Kursus terbuka kepada usahawan yang menjalankan perniagaan berkaitan makanan di sekitar kawasan Felda Keratong 6 & 7.
• Seramai 10 orang usahawan hadir ke kursus ini.
• Kursus ini merupakan program kerjasama di antara PEDi Felda Keratong 6 dan NZ Bunga Venture.

Tujuan :
• Mendedahkan pengendali makanan kepada konsep Kepentingan Kebersihan dan Keselamatan Makanan.
• Memupuk kefahaman asas dan mewujudkan kepekaan dan kesedaran terhadap cara pengendalian makanan yang betul.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 2:30 petang: Taklimat ringkas berkaitan kursus oleh Cik Nadia dari NZ Bunga Venture selaku penceramah.
• 2:40 petang: Penyampaian maklumat berkaitan kursus. Usahawan juga dikehendaki menjawab 5 kuiz secara atas talian mengikut topik yang telah dibentangkan kepada mereka.
• 5:30 petang : Kursus tamat.

Kelebihan Aktiviti :
• Sebagai persediaan asas kepada usahawan untuk permohonan Lesen Premis Makanan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
• Mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
• Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis dan bahaya pencemaran makanan.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :