INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Felda Keratong 6 merupakan salah sebuah rancangan yang terletak dalam kawasan Parlimen Rompin dan Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah. Berkedudukan 44 km dari bandar Muadzam Shah dan 117 km ke Barat Daya Kuantan. Penempatan awal peneroka di sini ialah pada bulan Disember 1981 iaitu seramai 481 orang peneroka. Daripada jumlah itu, peneroka yang masih menetap di rancangan ialah 403 berketurunan Melayu, 4 berketurunan Asli dan 8 berketurunan India.

Tanaman utama di rancangan Felda Keratong 6 ialah kelapa sawit. Ladang Felda Keratong 6 berkeluasan 1888.47 hektar.

JKKR Felda Keratong 6

Jika di kawasan perkampungan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan organisasi yang menjadi tulang belakang atau penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan. Namun, bagi kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), organisasi yang ditubuhkan ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).

JKKR mempunyai fungsi tugas kerja yang sama dengan JKKK. Melalui JKKR, segala masalah yang dihadapi oleh para peneroka dapat disalurkan kepada pihak FELDA mengikut prosedur yang telah ditetapkan. JKKR Felda Keratong 6 turut berperanan dalam memupuk perpaduan antara masyarakat di sini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama serta berusaha untuk meningkatkan ekonomi para peneroka.

Gabungan Pergerakan Wanitan (GPW) Felda Keratong 6

(GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di kawasan rancangan Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda.

GPW juga banyak menganjurkan aktiviti yang berkaitan dengan wanita di Felda. Dalam meningkatkan pengetahuan agama di kalangan wanita, kelas agama turut diadakan seperti bina insan, tartim dan tadarus. Tartim dan berzanji selalunya dianggotai seramai 30 orang dan selalunya diadakan di dalam majlis keramaian dan majlis perkahwinan. Selain itu, majlis bacaan Yaasin bulanan turut diadakan oleh golongan wanita Felda di Keratong 6. GPW juga terlibat dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti membersih dan menceriakan kawasan kampung, mengadakan lawatan sosial ke setiap blok, mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya.

Persatuan Belia Felda Keratong 6

Golongan belia Felda Keratong 6 mempunyai pelbagai aktiviti mereka tersendiri. Walaupun ramai di antara belia telah berhijrah ke kawasan bandar untuk melanjutkan pelajaran ataupun bekerja, namun bagi belia yang masih tinggal di sini mereka aktif dalam aktiviti sukan mahupun kemasyarakatan. Sepak takraw, bola sepak, futsal dan badminton merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh belia di sini pada waktu petang. Di samping itu, golongan belia juga turut membantu dalam aktiviti gotong-royong dan keceriaan kawasan rancangan.

Rekreasi & Pelancongan

Villa Rompin Resort & Golf


Villea Rompin Resort & Golf merupakan tempat menarik di Rompin yang dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Di sini, rekaan dalam dan luaran Villea Rompin Resort & Golf pasti memenuhi citarasa para pelawat serta pelancong yang hadir. Villea Rompin Resort & Golf ini amat sesuai bagi yang ingin bersantai ataupun tujuan hal-hal dengan pihak korporat. Terdapat spa, padang golf, gym dan sebagainya yang pasti memberi kepuasan yang tak terhingga kepada anda. Bagi yang sukakan sukan golf, anda boleh bermain golf tempat menarik di Rompin ini. Selain itu, anda juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan di sini disamping menikmati keindahan alam yang segar.

Tempat Makan Menarik


Baim Corner Keratong


Baim Corner Keratong yang terletak di Felda Keratong 1 adalah tempat makan yang menarik kerana mempunyai pelbagai jenis menu yang tersedia di kedai makan mereka. Halaman Facebook Baim Corner Keratong mempunyai lebih dari 3000 pengikut.

Kemudahan Awam

Outdoor Gym yang baru sahaja siap dibina pada Januari 2024. Outdoor Gym ini adalah kemudahan awam yang telah menarik perhatian penduduk untuk bersenam dan juga beriadah.

Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 4

Sekolah Kebangsaan FELDA Jengka 4 atau nama ringkasnya SK FELDA Jengka 4 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Jengka 4. Mula beroperasi pada 1 Februari 1972. Pada peringkat awal hanya terdapat 54 orang murid sahaja yang didaftar dan belajar di sekolah ini. Bangunan yang digunakan adalah bangunan sementara di empat buah rumah peneroka yang bernombor 104, 183, 185 dan 186. Tiga buah rumah lagi dijadikan rumah guru.

SK(LKTP) Keratong 6 telah di tubuhkan pada tahun 1982. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah di luar bandar dan telah berfungsi selama 42 tahun. Majoriti penduduk di sini merupakan peneroka Felda dan murid-murid sekolah ini juga merupakan anak-anak dan cucu-cucu kepada peneroka Felda.

Kisah Kejayaan

Syedwina Syuhada Binti Ibrahim berusia 18 tahun merupakan pelajar lepasan SPM SMK Chanis. Lebih mesra dengan panggilan Syuhada, beliau telah menjadi ahli di NaDi Felda Keratong 6 sejak bulan Januari 2019. Syuhada sering ke NaDi Felda Keratong 6 untuk mencari maklumat dan bahan bagi menyiapkan kerja sekolah di samping ingin mempelajari kemahiran ICT.

Beliau telah menyertai pelbagai jenis kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh NaDi Felda Keratong 6. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Kelas Microsoft Office (Microsoft Word & Microsoft Powerpoint), Kelas E-Learning, kelas STEM/IoT, Asas ICT dan sebagainya.

Selepas mengikuti kelas yang diadakan seperti kelas Basic Microsoft Office, pembelajaran atas talian dan sebagainya, kini Syuhada telah mula dapat menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer secara mudah kerana sebelum ini beliau sukar untuk mendapatkan bahan rujukan dalam menyiapkan kerja sekolah tambahan lagi tiada komputer di rumahnya.

Berkat kesungguhan dan kerajinan yang ditunjukkan oleh Syuhada ini akhirnya membuatkan Syuhada semakin mahir dalam ilmu pengetahuan ICT. Beliau bukan sahaja menggunakan ilmu yang dipelajari di NaDi untuk kegunaan diri sendiri, malah beliau turut berkongsi ilmu tersebut dengan rakan-rakan sebaya dengan mengajar mereka dalam menyiapkan kerja sekolah mahupun aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan penggunaan ICT.

Keusahawanan
Nama : Puan Sharmila Binti Md Nasri
Produk : Makanan (Kek, Biskut, Donat & Roti)
Alamat : No 261 Felda Keratong 7, 26700 Muadzam Shah, Pahang
No. Tel : 012-7543572
Emel : sharmila12021977@gmail.com
Platform Perniagaan : Facebook, TikTok & Whatsapp
Facebook : https://www.facebook.com/sharmila.mdnasri.9
TikTok : https://www.tiktok.com/@mamasufibakery

• Usahawan ini mengusahakan produk berasaskan makanan seperti kek, biskut, donat & roti.
• Beliau telah menyertai aktiviti dan program usahawan di NaDi sejak tahun 2020.
• Menghadiri Kursus Katering & Bakeri selama setahun anjuran EMPOWER ECER Rompin dan mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 3 (Penyediaan & Pembuatan Makanan).
• Hasil dari promosi yang dijalankan secara atas talian, kini beliau berjaya membuat jualan melebihi RM20,000 setahun.