KELAS SOFT SKILLS : ROTI ALA KOPITIAM & PIZZA MUDAH

Aktiviti terkini | 6 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Keratong 6

Ringkasan Aktiviti :
• Ahli dibekalkan dengan bahan-bahan untuk membuat pizza mengikut kreativiti masing-masing dan roti ala kopitam.
• Seramai 8 orang ahli PEDi Felda Keratong 6 terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti ini.

Tujuan :
• Membantu ahli membina satu asas yang kukuh berkaitan pengurusan diri dan menguasai kemahiran tertentu melalui pengalaman hands-on.
• Memperkembang bakat dan potensi ahli PEDi dalam bidang masakan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang cemerlang.
• Meningkatkan kreativiti ahli, kerja berpasukan dan keyakinan mereka dalam aktiviti yang sihat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10:30 pagi: Taklimat ringkas berkaitan aktiviti yang akan dijalankan.
• 10:40 pagi: Ahli dibimbing dalam menyiapkan pizza mudah dan roti ala kopitiam dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan.
• 11:30 pagi : Aktiviti tamat.
• Bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakan budaya kreatif dan kritis dalam kalangan ahli PEDi Felda Keratong 6 untuk berdikari dan berdaya tahan dalam pengurusan diri yang merujuk kepada elemen:
• Kemahiran memasak
• Kemahiran pemikiran kreatif
• Kemahiran komunikasi interpersonal

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :