Mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)



Sejarah

Peneroka yang menetap di Felda Keratong hanya mengetahui asal usul nama Keratong datangnya dari nama sungai, iaitu Sungai Keratong. Akan tetapi, bagi penduduk awal yang menetap di Felda Keratong, seperti penduduk Kampung Meripoh dan Kampung Lubuk Batu, asal nama Keratong mempunyai cerita menarik yang tersendiri. Menurut penduduk asal ini, nama keratong timbul dari dua buah cerita yang berasingan.

Kawasan sekitar Keratong pada masa dahulu adalah hutan belantara yang terpencil dan hanya segelintir sahaja penduduk yang menetap di kawasan ini. Ketika itu penduduk kampung sering diancam oleh binatang buas. Untuk menjamin keselamatan dan kemudahan perhubungan, mereka membuat perkampungan di tepi-tepi sungai yang pada masa itu sungai tersebut belum diberi nama. Hasil tangkapan dari sungai tersebut adalah makanan harian mereka manakala pucuk paku dan rebung pula adalah sayuran bagi mereka kerana kedua-dua sayur tersebut senang didapati. Mereke hidup dengan bercucuk tanam dan berburu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


KELAS ICT : POSTERMYWALL : KAD UCAPAN RAMADAN

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2024

Ahli dikehendaki mencipta kad ucapan Ramadan dengan memasukkan maklumat seperti yang diminta....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN : KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024

Kursus terbuka kepada usahawan yang menjalankan perniagaan berkaitan makanan di sekitar kawasan Felda Keratong 6 & 7....baca selanjutnya

E-LEARNING: MALAYSIA: STATES AND FEDERAL TERRITORIES - MAP QUIZ GAME

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2024

Ahli PEDi dikehendaki meneka negeri-negeri yang berada di dalam Malaysia...baca selanjutnya

E-LEARNING: JIGSAW PUZZLE

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2024

Ahli PEDi dikehendaki menyiapkan satu Jigsaw Puzzle di website https://www.jigsawplanet.com/...baca selanjutnya

KELAS SOFT SKILLS : ROTI ALA KOPITIAM & PIZZA MUDAH

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2024

Ahli dibekalkan dengan bahan-bahan untuk membuat pizza mengikut kreativiti masing-masing dan roti ala kopitam....baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti